Nama hos

Nama hos atau hostname ialah nama yang diberikan kepada sesebuah komputer. Dalam sesebuah rangkaian nama hos digunakan untuk membezakan satu komputer dengan satu yang lain.Dalam rangkaian komputer, nama hos (dahulunya dikenali sebagai nama nod [1]) adalah label yang diberikan kepada peranti yang bersambungkan kepada rangkaian komputer dan digunakan untuk mengenal pasti peranti ini di dalam pelbagai bentuk komunikasi elektronik seperti World Wide Web, mel eletronik atau Usenet. Nama hos mungkin nama-nama yang mudah terdiri daripada perkataan atau frasa tunggal, atau ia mungkin berstruktur.Di Internet, nama hos boleh dilampirkan pada nama sebuah domain Sistem Nama Domain (Domain Name System-DNS), yang dipisahkan daripada label khusus hos oleh titik (dot ). Dalam bentuk berikutnya, nama hos juga dikenali sebagai nama domain. Jika nama domain sempurna dinyatakan, termasuk domain tingkat atas dalam Internet, dengan itu nama hos dikatakan menjadi nama domain yang berkelayakan sepenuhnya (fully qualified domain name - FQDN ). Nama hos bersama domain DNS seringkali disimpan di dalam Sistem Nama Domain bersama-sama dengan alamat IP hos yang mereka wakili bagi tujuan pemetaan nama hos ke alamat, dan sebaliknya.